6:09 AM Posted In Edit This 0 Comments »

RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES

Bahan-bahan:
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sb kicap
2 sb sos tiram
1/2 sk lada putih
1/2 sk lada hitam
2 sk garam
1 sb gula
3 sb tepung jagung - dibancuh dgn1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur

Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
2. Masukkan lada putih dan lada hitam.
3. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air rendamannya sekali. 5. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
6. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan garam dan gula.
7. Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
8. Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.

0 comments: