1:57 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda

Bahan-bahan:
500gm Daging disalai
1 biji Mangga Muda
1000 ml (2 mangkuk kuah) santan
20 biji cili api
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Daging salai dihiris nipis.
2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejap. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
4. Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye.
6. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejap. Tutup api.
7.Siap untuk dihidangkan.

0 comments: