2:16 PM Posted In Edit This 0 Comments »

OPOR DAGING

Bahan-bahan:
1 kg daging [hiris nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 sb kerisik
1 sb gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 sb rempah kari daging ]
1 sk jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan mesin:
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak. 6. Siap untuk dihidangkan. Sesuai dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning

0 comments: