5:42 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Ayam KICAP Bakar


Bahan-bahan:

1 ekor ayam

mentega untuk sapuan

kicap manis secukupnya

1 potong lengkuas, diketukkan

1 batang serai, diketukkan

3 helai daun salam

Bahan kisar:

2 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

1 potong (1 cm) kunyit

5 biji cili merah

garam secukupnya

Cara menyediakan:

1. Ayam dibersihkan dan dipotong 4 bahagian.

2. Semua bahan kisar digaulkan.

3. Dengan air secukupnya, rebus ayam dengan bahan kisar digaulkan ,juga lengkuas, daun salam dan serai sampai masak dan bahan meresap rata.

4. Bakar ayam dengan bara api yang sederhana , sambil disapu dengan mentega dan kicap manis.

5. Bakar ayam sampai warnanya kecoklatan dan masak sepenuhnya.


0 comments: