7:38 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KERUTUB DAGING
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih


Bahan-bahan ( 5 orang ):

500gm daging
4 sb rempah kerutub
2 sb cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sb kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sb kerisik


[bahan tumis]

1/2 bawang besar

1/2 inci halia

2 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 sudu besar minyak


Cara menyediakan:

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih.
3. Kemudian campurkan dengan rempah kerutub
4. Panaskan minyak Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi Kemudian masukkan campuran rempah tadi
5. Masak sehingga pecah minyak Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
6. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api. Siap untuk dihidang.

0 comments: