9:06 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KUIH KASWI

Bahan-bahan:

150gm gula Melaka

75gm gula merah

75gm gula pasir 200ml air (untuk masak gula)

1 helai daun pandan

300gm tepung beras

2 1/2 sb tepung sagu

1/4 sk kapur (dicampur sedikit air)

1/4 sk garam

250ml air

230gm kelapa parut dibuang kulit

1 sk garam (digaul dengan kelapa)


Cara menyediakan:

1) Masak gula Melaka, gula merah, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk sampai cair. 2) pastu angkat, tapis dan biarkan sejuk.

3) gaul tepung beras, tepung sagu, kapur, garam dan air di dalam mangkuk lain.

4) Kena tapis sebab tak nak ada gentel2 tepung atau kapur .. nanti tak cantik kuih tu .. pastu isi dalam acuan atau loyang kuih.

5) pastu kukus dalam 20 minit. make sure pengukus tu panaskan dulu dalam 3,4 minit

6) nak makan tu ... potong cantik2 pastu salut kelapa parut

0 comments: