8:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KUIH PAU

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sb gula
1 sk yeast mauripan
2 sb shorterning [crisko]
250 gm air suam

Cara menyediakan:
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan (untuk buang angin adunan) dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan.........

INTI PAU..Ayam atau Daging

bahan-bahan:
250 gm isi ayam atau daging - hiris kecil
200 gm kentang
1 sb rempah kari ayam/daging - bancuh jadikan pes dgn 2 sb air
1 labu bawang besar - cncang
1 ulas bawang putih - cincang
1 pokok daun sup - cincang
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yg dicincang sehingga wangi.
2. Masukkan pes rempah kari dan kacau sehingga rata. Masakkan sehingga naik minyak dan wangi.
3. Masukkan isi ayam atau daging dan kentang.
4. Masukkan air, garam dan kacau rata.Biarkan mendidih dan daging atau ayam lembut. 5. Masukkan daun sup yg dicincangkan.
6. Bila nampak pekat dan daging lembut bolehlah angkat dan sejukkan.
7. Buatkan aduinan pau dan masukkan inti dalamnya.

0 comments: