10:43 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN JAGUNG KEJU

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan emping jagung
40gm isi jagung manis dalam tin
3/4 cawan hirisan keju
2 biji telur, dipukul
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak

Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Sapukan acuan mufin
dengan minyak atau mentega.
2. Ayak tepung dengan garam kedalam mangkuk besar.
Gaulkan emping jagung , hirisan keju dan isi jagung .
Buatkan satu lubang ditengah.
3. Tuangkan telur, susu dan minyak yang telah dicampurkan ke
dalam lubang tadi.
4. Dengan menggunakan sudu kayu, gaulkan bahan-bahan tadi.
5. Letakkan bahan yang dicampurkan tadi kedalam acuan mufin dan
bakar selama 20 minit, atau sehingga berwarna kuning keemasan.
6. Keluarkan dari acuan dan hidangkan. Enak dimakan panas2.

0 comments: