6:20 AM Posted In Edit This 0 Comments »


SOTO AYAM

Bahan-bahan : Anggaran untuk 5-6 orang
½ ekor ayam (berat 900 gm) } dipotong 2
300 gm nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
1 sb rempah serbuk sup Adabi
2 sb minyak untuk menumis
9 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk menumis :
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm halia

1 cm lengkuas

1 batang serai

1/2 sb jintan manis

1/2 sb jintan putih

1 sb ketumbar

1/2 sk lada sulah

2 biji buah keras


Bahan sampingan:

sedikit suhun - digoreng

1 tangkai daun bawang -dihiris

1 tangkai daun sup- dihiris

100 gm kacang tanah -digoreng

100 gm taugeh - buangkan ekornya

sedikit bawang goreng


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak.

2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.

3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.

4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.

5. Keluarkan ayam, siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam kuah sup tadi.

6. Ketika menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.
7. Enak dimakan ketika kuah masih panas.


sambal kicap:

10 biji cili api

7 sb kicap manis

1 ulas bawang putih

Cara menyediakan sambal kicap:

Campurkan semua bahan kemudian kisar halus

Begedil:

500 gm kentang

150 gm daging kisar

½ sk serbuk lada sulah

5 sb bawang goreng

1 biji telur

sedikit daun sup -dimayang

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan begedil:

1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga

masak. Angkat ketepikan.

2. Daging digoreng hingga kering airnya.

3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.

4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.

5. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.



0 comments: